Sep 16, 2013

Ucaplah kalimah shahadah..... saudaraku

Ingin berkongsi lagi  kisah pengalaman aku yang aku rasa amat amat berharga dan sukar dilupakan.Pengalaman aku bergelar jururawat. In sha Allah... setiap kejadian kejadian dan pengalaman pengalaman semasa aku bertugas ini akanku kaitkan dengan diri ini sebagai hamba Allah di atas muka bumi.Sudah tentu terpilihnya aku di bidang ini ada hikmah sebaliknya.. begitulah yang selalu aku fikirkan....
Menyorot kisah semasa aku masih lagi nursing student di tahun akhir semasa sessi praktikal di wad.Walaupun praktikal, sudah mula bekerja pada waktu shift bekerja sebenar.Waktu tu, aku ditugaskan shift petang, bekerja di medical wad.


Melihatkan pesakit itu sedang nazak, aku dan kawan rapat.. Rosmaria Abdul Hamid, menghampirinya... Tiada saudara mara terdekat.Tiada teman2 sekeliling dan memang kami ketahui ... dia penghidap hiv positif dan sedang nazak.Dia seorang lelaki 30 an berbangsa melayu.
Terharu dan tersentuh melihat situasi pesakit ini dalam keadaan nazak.Mata dan mulut terbuka sedikit.Mata memandang ke atas tidak berkedip... tiada suara.Sesekali memang jelas terdengar hembusan nafas lambat, kuat dan sukar.Tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk dia lagi... kata akhir yang senang difahami: biarkan dia pergi dengan tenang.


Aku dan Ros segera menghampirinya kerana rutin mengambil bacaan vital signs.Merenungkan nama, menghela nafas... memang dia tiada waris dan sudah lama berada dalam wad ... aku dan Ros berbisik ke telinganya perlahan lahan "mengucap encik, lailahaillah...muhammadurrasullallah...." berkali kali aku dan Ros bergilir gilir mengucapkan kalimah itu ke telinga beliau.... terkumat kamit perlahan lahan tapi tidak kedengaran suaranya...itulah pertama kali pengalamanku dalam keadaan  berhadapan pesakit yang tiada waris ..... sendirian.Bagiku , ketika itu, terdetik di hati untuk berbuat demikian, adalah menjadi tanggungjawab sebagai seorang Islam serta keihkhlasan yang tebit dari hati....Kita tidak berhak menghukum....


Dia menghembuskan nafas  pada hari itu.Tiada waris, tiada ahli keluarga,tiada sesiapa menemani.... berhadapan Sakaratulmaut seorang diri...... Itulah ketentuan darinya... Semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...

Sep 15, 2013

Rindu Zaman Persekolahan

Harini terungkap kembali kenangan kenangan zaman prsekolahan dulu.Daifnya perangai kanak kanak dulu hahahhaha... masih terbayang wajah suci murni dan kawan kawan rapat sepanjang 5 tahun bersekolah..

Masa zaman sekolah terasa jemunya nak habiskan zaman itu tetapi sudah berpuluh tahun meninggalkan alam persekolahan, terasa rindunya dengan saat saat manis di sana..

Kini ada antara teman teman ketemu semula di rangkain FB dan walau tak pernah bersua, masih lagi nenganggap mereka seperti yang pernah saya kenal masa bersekolah dulu.Walhal... jauh sekali mereka sudah berubah dari fizikal sehinggalah ke peribadi.Kadang kadang buat diri saya tersenyum. . Betapa cepatnya masa berlalu ....masa mematangkan kita.Betul???

Dari bujang dah berkahwin dan menjadi ibu bapa.Banyak kita pelajari selok belok kehidupan sepanjang kita melalui dan bertukar status.Banyak yang kita telan dengan kenangan masa.. banyak juga yang kita tinggalkan dan lupa.

Waktu mematangkan kita... Bagi diri saya,apa yang penting, perbaiki diri untuk menjadi contoh teladan kepada anak anak.Anak anak mungkin sukar nak gambarkan kehidupan kita masa lepas seperti juga kita menggambarkan kembali kehidupan ibubapa kita dahulu.

Sep 13, 2013

ANAK.... IBU HARUS PERGI MENGADAP PANGGILANNYA

Tanggal ini , saya ( kata gantinama lebih baik) menyorot kembali pengalaman kerja sebagai jururawat yang memang sentiasa terjebak dengan cerita kehidupan orang lain. Terutama sekali kisah sedih.Ini adalah kisah benar.Kisah sedih, pilu, menyayat hati...

Bagaimana kasihnya si ibu terhadap anak ke hembusan nafas yang terakhir. Kisah tahun lepas 2012, saya rakamkan dalam penulisan blog peribadi agar sentiasa tidak lupa kepada kisah2 benar sebagai pengajaran hidup ini.Kekadang saya terlupa untuk bersyukur, ujian allah kepada hambanya berbeza beza.. dan ujian allah pada diri saya tidaklah sehebat kisah ibu ini.Perkongsian cerita ini hanyalah sebagai renungan pengajaran hidup kepada diri saya...

Ibu ini telah disahkan menghidap penyakit Barah Otak pada saat2 akhir kehamilan arwah.Masa kandungan dah pun sampai ke 3rd trimester , perkembangan bayi sudh cukup sempurna.Arwah terpaksa meneruskan jangka kandungan walaupun tahu dia tiada pilihan. Saya tidaklah mengenali arwah dengan secara langsung.Hanya menjaga bayi yang telah arwah selamat lahirkan dan ditempatkan di wad bayi. Selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi, arwah terus menjalankan pembedahan membuang tumor di otak untuk menyelamatkan nyawa.Bayi arwah dijaga oleh nurses di wad kerana suami masih belum mencari orang yang sesuai menjaga dan  juga disebabkan keadaan ibunya yang masih kritikal di ICU.Ayah si bayi menangguhkan proses bayi discaj dari wad oleh kerana keadaannya masih belum bersedia dan tumpuan di beri kepada isterinya yang kritikal.

Sepanjang tempoh menjaga bayi beliau, kerapkali dikunjung oleh ayahnya.Selalu mengkhabarkan keadaan isterinya yang masih bergantung bantuan ventilator.Seminggu lamanya kami sempat merawat dan menjaga anak beliau. Pada hari beliau nazak, kebetulan saya menjaga bayi beliau.Doktor menyampaikan pesanan dari unit ICU supaya membawa bayi kecil berusia 7 hari itu ke pangkuan ibunya kerana ibunya sedang nazak.Perasaan saya??? Jangan lah ditanya tentulah sedih pilu sayu.....

Jururawat sudah tegar dengan perasaan itu...Kalau kami tak sedih, bukanlah nama kami jururawat.Kalau kami tak kasihan, bukanlah namanya kami jururawat tetapi disebabkan perasaaan itu bukan menjengah sekali dua tetapi setiap saaat dan ketika, oleh itu perasaan itu sudah menjadi tegar...  Macammana nak berhadapan dengan situasi itu kiranya jururawat terlampau mengikut perasaan sedih??? Kami tak boleh turut meronta menangis bersama, bagi saya ... saya akan menangis dalam hati.Saya akan terkenang kenang peristiwa begini... di rumah suamilah tempat saya curahkan kesedihan itu.Di rumah saya akan merenung wajah anak anak dan terusm berfikir.. Apa akan terjadi kalau saya diuji dengan ujian sehebaat itu.... SUBHANALLAH

Berbalik kisah tadi, saya ditemani rakan membawa bayi arwah kepangkuan arwah... di unit ICU. Ketika itu dikelilingi sanak saudara... ditemani esak tangis mereka sekeluarga. Arwah di riba suaminya di atas katil ICU.Menyendeng badan sedikit di tepi suami dan saya diperkenalkan seorang lagi wanita di sebelah adalah kakak arwah.Ventilator sudah ditanggalkan ... hanya memakai Highfow mask oksigen. Ventilator telah dipadamkan.Mungkin ahli keluarga telah menerima qadha dan qadhar ujian ke atas mereka ketika itu....

Dengan hebat saya mengawal perasaan sedih di saat itu.Dengan hebat saya mengawal empangan airmata walaupun tidak berjaya... bergenang airmata tak dapat saya tahan ketika mengangkat bayi memindahkan kepangkuan arwah sambil dibantu oleh kakak arwah ketika arwah memegang bayi itu ..Menyaksikan sendiri kisah nyata kehidupan...Arwah tidak bertenaga lagi...tersekat sekat menahan hela nafas... mata terpejam... kekuatan tangannya memangku bayi dibantu oleh kakak arwah... tapi saya melihat sendiri kecekalan arwah...dengan 1 gerakan tangan seolah arwah cuba memeluk bayinya... YA ALLAH.... Kasihannnya... sayunya.... sedihnya.... Pertemuan seorang ibu dan anak di saat saat terakhir ibu itu harus pergi.Harus pergi untuk selama lamanya... saya sediri menangis tambahan ...."Misi, misi nampak tak misi.... dia tahu misi bawa anak dia.... tangan dia tadi misi...." Kata kata yang tak akan kulupa dari kakak arwah...Masih terngiang ngiang suara kakak arwah sambil tersedu sedu menghabiskan ayat itu..Saya , dengan perasaan sayu dan telah turut sama2 meletakkan perasaan saya bersama mereka sekeluarga...saya mengiyakan dengan senyuman pilu dengan airmata yang basah si kelopak mata.....

Arwah menghembuskan nafas terakhir 2 jam selepas saya pulang ke wad bersama bayinya.Berita pemergian arwah dihubungi oleh staff ICU ke wad kami dan 2 jam selepas itu, ayahnya datang ke wad menjenguk bayi dan memaklumkan dia akan bawa anaknya discaj keesokannya... dari raut wajah suami arwah, mungkin sukar nakdigambarkan kesedihan beliau dengan perkataan atau ayat....

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah ...KASIH IBU SEHINGGA KE SYURGA